Menurut
Imam al-Ghazali dalam kitabnya
Ihya' Ulumiddin, terdapat lima keadaan yang dibolehkan mengumpat....
Pertama: Ia dibolehkan ketika seseorang itu dizalimi. Sesiapa yang dizalimi boleh mengadu tentang kezaliman yang menimpa dirinya kepada pihak berkuasa, contohnya sultan atau kadi.
Kedua: Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran. Contohnya, jika berlaku kemugkaran di tempat kita, misalnya jika ada yang mengamalkan ajaran sesat, sumbang mahram atau sebagainya...kita boleh menghubungi atau melaporkan kepada pihak berkuasa, contohnya jabatan-jabatan agama bertujuan untuk mencegah kemungkaran tersebut.
Ketiga: Meminta fatwa. Semasa meminta hukum atau fatwa, keaiban dan kelemahan orang lain boleh disebutkan. Pada zaman Nabi s.a.w, isteri Abu Sufyan yang bernama Hindun binti Utbah pernah datang berjumpa dengan Nabi s.a.w lalu bercerita tentang suaminya yang agak kedekut. Jadi, perbuatan Hindun menceritakan keburukan suaminya tidak dianggap sebagai umpatan oleh Nabi s.a.w. malah Nabi s.a.w pula bersabda kepada Hindun : "Ambillah sesuatu yang mencukupi untuk dirimu dan anakmu secara makruf..."
Keempat: Mengumpat juga diharuskan apabila menyedarkan masyarakat tentang sesuatu kemungkaran. Orang ramai perlu diedarkan dan diberitahu tentang bahaya atau kesesatan yang berlaku disekeliling mereka. Contohnya jika kita tahu seseorang itu memang fasik atau jahat. kita kena beritahu orang lain yang si fulan tu fasik dan jahat, supaya mereka terhidar daripada bahaya kefasikan dan kejahatannya...
Kelima: Boleh mengumpat apabila kemaksiatan atau kemungkaran berlaku terang-terangan. Syariat mengizinkan pendedahan dilakukan kepada masyarakat bagi melahirkan kewaspadaan dan seterusnya pencegahan.
Seperti kata Hasan al-Basri : Tiga golongan manusia yang boleh diumpat, iaitu mereka yang menurut hawa nafsu semata-mata, yang melakukan kefasikan secara terang-terangan dan pemimpin yang zalim...
wallahu'alam...