UKHWAH WALMAHABBAH

Ukhwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih..
Ada awal tapi tiada penghujungnya,
dicipta untuk mengingatiNya,
diratib demi redhaNya....wallahu'alam~

hadis

"Tidak lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus hatinya...Dan tidak lurus hatinya, sehingga lurus lidahnya" (HR. Ahmad)

Rabu, 30 November 2011

9 JENIS ANAK SYAITAN

Nak berkongsi tentang jenis anak-anak syaitan, moga bermanfaat..insyaAllah..

Umar Al-Khatab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:

1. Zalituun: Duduk dipasar atau kedai supaya manusia hilang sifat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu...

2. Wathiin: Pergi kepada orang yang mendapat musibah, supaya mereka bersangka buruk terhadap Allah..Nau'zubillah.

3. A'awan: Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya pemerintah tidak mendekkati rakyat. Seronok dengan kedudukan, kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama'...

4. Haffaf: Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh; disko, kelab malam dan tempat yang terdapat minuman keras)...

5. Murrah: Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Merka ini tenggelam dalam keseronokkan, glamour dan lain-lain...

6. Masuud: Duduk dibibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula keluar dari kata-kata mulut..

7. Daasim: Duduk dipintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk rumah, daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan dan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi)

8. Walahaan: Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhu' dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain..

9. Lakhuus: Merupakan sahabat majusi yang menyembah api/matahari


Mana satu anak syaitan yang mengganggu anda, adakah dari jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan makumat ini??...wallahualam...

Sekadar perkongsian untuk pengisian...sharing is caring,,caring is loving=)

Selasa, 29 November 2011

KEMURUNGAN

Jom kenali apa itu kemurungan.....

Kemurungan ialah salah satu penyakit mental yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal, perasaan emosi dan juga pemikiran..

Kemurungan bukan kesedihan yang bersifat sementara, tidak juga boleh dihilangkan dengan cara cuba bergembira. Kemurungan juga boleh mengurangkan keupayaan seseorang untuk bekerja dan menikmati kehidupan. Jika tidak dirawat boleh berpanjangan sehingga beberapa bulan ataupun tahun (sangat bahaya, jadi segara dapatkan rawatan). Ia juga boleh mengakibatkan penyakit fizikal dan meningkatkan risiko membunuh diri.

Faktor-faktor yang mnyebabkan kemurunganialah kecenderungan genetik (bermakna ia BOLEH diwarisi). Tekanan dari keadaan persekitaran (mungkin berpunca dari keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling). Berlaku keadaan yang tidak diingini (seperti kehilangan insan tersayang). Perasaan terrrlalu rendah diri juga boleh mengundang kemurungan,jadi harus waspada dan perlu mengawal diri. Akhir sekali ialah tiada sokongan untuk melakukan apa-apa (sentiasa dikritik orang sekeliling)..

Cara- cara merawati kemurungan
Terdapat beberapa cara untu merawat kemurungan. antaranya ialah kaunseling. Kaunseling dikatakan dapat membantu kerana dengan bantuan psikatari, pesakit dapat memahami dengan lebih baik masalah mental yang dihadapi..

Rawatan ubat 'anti-deperessant'. 'Anti-deperessant' mengambil masa dua hingga empat minggu untuk memberi kesan. Sesetengan ubat memberikan kesan sampingan, misalnya bibir kering, pening dan adakalanya pesakit perlu menghindari makanan tertentu seperti keju dan wain. Ubat perlu disambung untuk beberapa bulan (6-12 bulan) selepas sembuh untuk menghalang penyakit berulang..

Terapi eletrik, terapi ini berkesan untuk merawati tahap kemurungan kronik yang menyebabkan pesakit sentiasa ingin mengakhiri riwayat hidup mereka dengan membunuh diri. Kaedah ini digunakan apabila pesakit gagal sembuh selepas diberikan ubat 'anti-deperessant'.

Lain-lain fakta mengenai kemurungan
Dengan menggunakan rawatan profesional, kemurungan boleh diatasi dan kadar kejayan adalah sebanyak 80%. Bermakna terdapat kemungkinan wujud kes-kes dimana pesakit tidak dapat sembuh seperti sedia kala.
15% lelaki dan 25% wanita mengalami kemurungan dalam hidup mereka.

Wanita mempunyai kebarangkalian untuk mengalami kemurungan disebabkan oleh tekanan persekitaran dan ketidakseimbangan hormon yang berlaku, terutama sewaktu mengandung dan melahirkan anak...

Sekadar perkongsian untuk pengisian...

Rabu, 16 November 2011

sEindAh mAwAr beRduRi


waRdatuL syauQah(mAwAr beRduRi)

Wanita...
jadilah seperti mawar yang berduri, cantik tetapi berbisa..jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri..jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi sayang tidak berduri...apabila tidak berduri, maka tidak ada benteng yang boleh melindungi keindahan mawar daripada didekati sang kumbang...jadi tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya...

mata menilai kecantikan pada rupa..akal menilai pada fikiran yang cerdik..nafsu menilai pada bentuk tubuh yang menarik..tetapi hati pula meniai kecantikan pada akhlak dan budi, dan kecantikan ini lebih diterima oleh semua manusia berbanding kecantikan wajah dan tubuh badan..

duri pada mawar ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'..dengan pagaran itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum baunya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman dihati sang kumbang, hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya...

wanita,,jadilah seperti mawar yang berduri, cantik tetapi berbisa...mempunyai duri sebagai benteng supaya keindahan dan kecantikan dirimu tidak sewenangnya diragut oleh insan yang hanya menilai kecantikan dari pandangan nafsu semata-mata...

wallahu'alam~

Khamis, 10 November 2011

Novel : Sepupuku Suamiku 5

Novel : Sepupuku Suamiku 5

<3 best juga novel nie...isi mase lapang cuti2 semester macam nie <3

bernikah dengan sepupu sendiri, macam kelakar..tak siapa yang tahu walau cuba mengelak macammana sekalipun,itu semua takdir Allah..terima dengan seadanya jika telah tercatat dia untuk kita..wallahu'alam~

Rabu, 9 November 2011

MUHASABAH CINTA

Wahai,,pemilik nyawaku..
betapa lemah diriku ini..
berat ujian dariMu..
kupasrahkan semua padaMu

Tuhan,,baru ku sedar..
indah nikmat sihat itu..
tak pandaiku bersyukur..
kini kuharap cinta dariMu

Kata-kata cinta terucap indah..
mengalun berzikir dikidung doaku..
sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku..
butir-butir cinta air mataku..
teringat semua yang Kau beri untukku..
ampuni silap dan salah selama ini...yaIllahi..
Muhasabah cintaku...

Tuhan,,,kuatkan aku..
lindungiku dari putus asa..
jika ku harus mati..
pertemukan aku denganMu.......