UKHWAH WALMAHABBAH

Ukhwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih..
Ada awal tapi tiada penghujungnya,
dicipta untuk mengingatiNya,
diratib demi redhaNya....wallahu'alam~

hadis

"Tidak lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus hatinya...Dan tidak lurus hatinya, sehingga lurus lidahnya" (HR. Ahmad)

Selasa, 29 November 2011

KEMURUNGAN

Jom kenali apa itu kemurungan.....

Kemurungan ialah salah satu penyakit mental yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal, perasaan emosi dan juga pemikiran..

Kemurungan bukan kesedihan yang bersifat sementara, tidak juga boleh dihilangkan dengan cara cuba bergembira. Kemurungan juga boleh mengurangkan keupayaan seseorang untuk bekerja dan menikmati kehidupan. Jika tidak dirawat boleh berpanjangan sehingga beberapa bulan ataupun tahun (sangat bahaya, jadi segara dapatkan rawatan). Ia juga boleh mengakibatkan penyakit fizikal dan meningkatkan risiko membunuh diri.

Faktor-faktor yang mnyebabkan kemurunganialah kecenderungan genetik (bermakna ia BOLEH diwarisi). Tekanan dari keadaan persekitaran (mungkin berpunca dari keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling). Berlaku keadaan yang tidak diingini (seperti kehilangan insan tersayang). Perasaan terrrlalu rendah diri juga boleh mengundang kemurungan,jadi harus waspada dan perlu mengawal diri. Akhir sekali ialah tiada sokongan untuk melakukan apa-apa (sentiasa dikritik orang sekeliling)..

Cara- cara merawati kemurungan
Terdapat beberapa cara untu merawat kemurungan. antaranya ialah kaunseling. Kaunseling dikatakan dapat membantu kerana dengan bantuan psikatari, pesakit dapat memahami dengan lebih baik masalah mental yang dihadapi..

Rawatan ubat 'anti-deperessant'. 'Anti-deperessant' mengambil masa dua hingga empat minggu untuk memberi kesan. Sesetengan ubat memberikan kesan sampingan, misalnya bibir kering, pening dan adakalanya pesakit perlu menghindari makanan tertentu seperti keju dan wain. Ubat perlu disambung untuk beberapa bulan (6-12 bulan) selepas sembuh untuk menghalang penyakit berulang..

Terapi eletrik, terapi ini berkesan untuk merawati tahap kemurungan kronik yang menyebabkan pesakit sentiasa ingin mengakhiri riwayat hidup mereka dengan membunuh diri. Kaedah ini digunakan apabila pesakit gagal sembuh selepas diberikan ubat 'anti-deperessant'.

Lain-lain fakta mengenai kemurungan
Dengan menggunakan rawatan profesional, kemurungan boleh diatasi dan kadar kejayan adalah sebanyak 80%. Bermakna terdapat kemungkinan wujud kes-kes dimana pesakit tidak dapat sembuh seperti sedia kala.
15% lelaki dan 25% wanita mengalami kemurungan dalam hidup mereka.

Wanita mempunyai kebarangkalian untuk mengalami kemurungan disebabkan oleh tekanan persekitaran dan ketidakseimbangan hormon yang berlaku, terutama sewaktu mengandung dan melahirkan anak...

Sekadar perkongsian untuk pengisian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan