Umar Al-Khatab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu:
1. Zalituun: Duduk dipasar atau kedai supaya manusia hilang sifat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu...
2. Wathiin: Pergi kepada orang yang mendapat musibah, supaya mereka bersangka buruk terhadap Allah..Nau'zubillah.
3. A'awan: Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya pemerintah tidak mendekkati rakyat. Seronok dengan kedudukan, kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama'...
4. Haffaf: Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh; disko, kelab malam dan tempat yang terdapat minuman keras)...
5. Murrah: Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Merka ini tenggelam dalam keseronokkan, glamour dan lain-lain...
6. Masuud: Duduk dibibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula keluar dari kata-kata mulut..
7. Daasim: Duduk dipintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk rumah, daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan dan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi)
8. Walahaan: Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhu' dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain..
9. Lakhuus: Merupakan sahabat majusi yang menyembah api/matahari
Mana satu anak syaitan yang mengganggu anda, adakah dari jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan makumat ini??...wallahualam...
Sekadar perkongsian untuk pengisian...sharing is caring,,caring is loving=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan